Tuesday, 19 July 2011
Jaspal Fashionista Search 2011 Grand Finale
Dua puluh peserta akhir Jaspal Fashionista Search 2011 menyerikan pentas dalam acara permaidani merah grand finale gilang-gemilang sempena majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Lebih daripada 500 orang tetamu termasuk personaliti seperti Amber Chia, Zizan Nin, Winnie Loo, Jack Lim, dan Angel Wong menyaksikan acara penyampaian mahkota fashionista lelaki dan wanita yang telah diadili dan diundi sebagai paling menyerlah dalam koleksi terkini Jaspal.
Wafa Johanna De Korte (pemenang wanita) dan Chin Kee Liang (pemenang lelaki) telah dimahkotakan sebagai pemenang utama anugerah Jaspal Fashionista. Selain itu, Sheena Liam Yue Sheen dan Peter Onah Chukwudi berdua memenangi anugerah Stylista manakala Siti Hajar binti Shafie dan Mohd Anuar bin Ibrahim diumumkan sebagai pemenang anugerah Professionalista.
Kesemua pemenang dipilih berdasarkan bentuk fizikal seperti ketinggian dan persembahan di atas pentas, serta personaliti, gaya dan keyakinan berdepan dengan kamera di hadapan panel hakim seperti model professional Amber Chia, pelakon Zizan Nin, pendandan rambut selebriti Winnie Loo, personaliti radio Jack Lim serta Pengurus Pemasaran dan Jualan Runcit Jaspal Malaysia, Annie Wang.
Pemenang hadiah utama membawa pulang wang tunai RM2,000 serta baucar tunai Jaspal bernilai RM500 dan peluang untuk menjadi model dan muncul dalam spread fesyen Jaspal di Malaysia. Selain itu, pemenang hadiah utama juga akan menerima peti sejuk Samsung RA19PT, kursus bermodel dari Amber Chia Academy, hamper produk dari Shu Uemura dan keahlian selama setahun di Celebrity Fitness.
Pemenang kategori Professionalista dan Stylista menerima wang tunai RM1,000, baucar tunai Jaspal bernilai RM500, hamper produk dari Shu Uemura dan keahlian selama 6 bulan di Celebrity Fitness. Mov:ment ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.
Labels:
Gaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment