Monday, 18 July 2011

Rosevelt Bakal Memanaskan Pentas Untuk Konsert Incubus Di KL


Seperti yang kita ketahui, Incubus akan kembali ke Kuala Lumpur untuk persembahan mereka buat kali ketiga! Untuk memeriahkan lagi konsert mereka nanti, Rosevelt telah dipilih untuk menjadi band pembuka. Tahniah dari Mov:ment!

Rosevelt yang terdiri oleh 5 anak muda tempatan ini bertarung dengan 4 buah band semalam di Laundry Bar untuk pemilihan band pembuka konsert Incubus yang bakal dilangsungkan pada 23 Julai ini di Stadium Negara. Antara band yang bertanding dengan mereka ialah Red Ruby Avengers, Tresempre, Stonebay dan Ray Cheong Trio.

Untuk pertandingan itu, setiap band mempersembahkan satu trek asal dan juga sebuah rendition mereka bagi lagu karya Incubus. Pemenang dipilih melalui 40% mata daripada band Incubus dan 60% selebihnya melalui undian umum.

Menurut CEO Tune Talk Jason Lo, lebih 500 band telah mendaftar untuk menjadi band pembuka konsert Incubus tetapi hanya 5 dipilih untuk ke peringkat akhir. Apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Rosevelt kerana terpilih. Mov:ment mahu melihat Brandon Boyd ternga-nga melihat persembahan korang! Malaysia boleh!

Konsert Incubus Live in Kuala Lumpur bakal dilangsungkan pada 23 Julai 2011 di Stadium Negara. Dapatkan tiket anda segera yang bernilai RM203 dan RM183 (untuk pengguna Tune Talk) di www.airasiaredtix.com.

No comments:

Post a Comment