Tuesday, 12 July 2011

Volume pres. Ronski Speed @ Mist (9/7/2011)


Hampir setiap acara yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan perhimpunan Bersih telah dibatalkan. Khabarnya H-Artistry dan Fly Club Access yang patut dilangsungkan pada malam itu juga telah dipinda ke tarikh yang lain. Oleh disebabkan H-Artistry tidak dapat dipentaskan pada hari Sabtu yang lalu, gig Ronski Speed telah berpindah ke Mist (bersebelahan lokasi asal). Fight for our right to party!


Perjalanan kami ke Bangsar sangat lancar dan kami agak terkejut apabila melihat lot parking yang kosong di sepanjang kawasan NSTP. Agak aneh untuk malam trance bila tidak ramai yang menghadirkan diri. Walaubagaimanapun, ia tidak mematikan semangat sebilangan para pengunjung yang ada pada malam itu untuk berhibur bersama Ronski Speed.

Sewaktu acara Speedzone di Genting pada tahun lalu, Ronski Speed memainkan set yang terbaik dan beliau telah mangadakan persembahan di Pulau Pinang sebanyak 2 kali selepas Speedzone. Tiada langsung persembahan di KL. Akhirnya, gian peminat Ronski Speed tercapai untuk melihat beliau turun ke Kuala Lumpur.

DJ Viona memulakan persembahan malam tersebut dengan seleksi progresif dan trance sebelum Ronski Speed mengambil-alih konsol DJ. Sebaik sahaja Ronski Speed mulakan trek pertamanya, peminat beliau tidak berhenti menjerit-jeritkan nama beliau dan mula menari dengan penuh semangat. No holds barred. Trek anthem seperti Above & Beyond 'Sun & Moon', Yuri Kane 'Right Back' dan Armin van Buuren 'Full Focus' membuatkan pengunjung pada malam itu turun ke dancefloor beramai-ramai. Trek produksi beliau sendiri seperti 'The Space We Are' dan 'Lasting Light' juga turut dimainkan.

Pada pendapat kami, persembahan DJ Ronski Speed merupakan set trance yang terbaik kami pernah alami setakat ini untuk tahun 2011. Walaupun perhimpunan Bersih telah menyebabkan orang ramai tidak berani untuk keluar rumah dan roadblock di sana sini, tetapi ia tidak menghalang peminat Ronski untuk turun padang dan berhibur. KL masih aman! Mov:ment harap agar Ronski Speed akan datang lagi ke KL!

No comments:

Post a Comment