Wednesday, 20 July 2011

Dengarkan Teaser Debut Single Eddie Halliwell


Akhirnya! Setelah sekian lama menjadi DJ, Eddie Halliwell mempertingkatkan permainannya dengan kemunculan sepasang debut single yang bakal dikeluarkan pada 25 Julai nanti.

Sebagai seorang DJ yang hanya bermain di gig dan rave di setiap pelusuk dunia, Eddie Halliwell sentiasa memberikan persembahan DJ yang terbaik bersama showmanship bertaraf tinggi. Kini beliau sudah pun berjinak dalam produksi. Dua trek yang bakal dikeluarkan pada 25 Julai nanti bertajuk 'Neon' dan 'Aether' untuk siri produksi Elements beliau. Trek tersebut juga merupakan antara yang pertama untuk diterbitkan di bawah label naungan beliau - FIUR.

Dapatkan kedua-dua trek terbaru dari Eddie Halliwell di Beatport pada 25 Julai nanti. Sebelum kami menutup kata, dengarkan teaser untuk lagu 'Neon' dan 'Aether' di bawah.





Dapatkan perkembangan terkini Eddie Halliwell di www.eddiehalliwell.com.

No comments:

Post a Comment