Thursday, 21 July 2011

Top 10 Lagu Terhangat Loudness



Sempena show Loudness di Kuala Lumpur yang bakal menjelang tiba ini, sudah kah anda memutarkan semula pemain kaset, CD atau Mp3 anda dengan lagu-lagu daripada mereka? Tentunya anda punyai pilihan-pilihan sendiri untuk lagu-lagu terbaik daripada Loudness bukan? Aha di sini kami di Mov:ment ingin berkongsi lagu-lagu terbaik Loudness pada pandangan dan pilihan kami sendiri, walaupun keputusan ini boleh dikatakan amat "sukar" sekali sebab terlalu banyak sangat lagu-lagu Loudness yang menjadi "memorable" pada jiwa kami.

Kalau bercerita mengenai album terbaik, lagi lah susah! Thunder in The East, Lightning Strikes, Disillusion, Shadows of War, Hurricane Eyes dan Soldiers of Fortune sudah tentunya pilihan hati bagi semua peminat-peminat Loudness bukan? Jadi sebab ingin membuka skop yang lebih meluas, kami membuat keputusan untuk hanya membuat senarai lagu-lagu, ayoh kita ikuti senarai lagu-lagu terbaik Loudness kami:


01. We Could Be Together



02. Rock & Roll Gypsy




03. Let It Go



04. Never Change Your Mind



05. Crazy Nights



06. Heavy Chains



07. So Lonely



08. Crazy Doctor



09. Like Hell



10. Soldier of Fortune



Jika anda seorang peminat dan pendengar Loudness pastinya anda akan dapati akan persamaan tiga buah lagu pertama iaitu : 'We Could Be Together', 'Rock & Roll Gypsy' dan 'Let It Go'. Ketiga-tiga buah lagu tersebut mendokong stail muzikal Loudness yang berbeza dengan lagu-lagu nya yang lain, ketiga-tiga lagu tersebut lebih kedengaran radio-friendly dan benar-benar kena dengan konsep musikal heavy metal tahun 80an, punyai mood gembira, bahagian korus yang sing-along dan melodi yang mudah tetapi menusuk jiwa, secara teknikalnya ianya harus digelar melodic heavy metal. Peribadinya saya memang seorang penggemar muzik heavy metal jenis ini, punyai mood gembira dan power korus.

Macam mana pun ini hanya pendapat peribadi kami di The Mov:Ment, mungkin ada antara kalian yang tidak menggemari stail sedemikian, ada yang sukakan Loudness mereka rancak, pantas serta agresif, ini realiti, kerana kami sendiri ada baca ulasan mengenai lagu-lagu Loudness yang mencondong ke arah irama agresif, mereka sangat tidak menyukai tiga buah lagu saya katakan itu tadi, entah lah, agaknya attitude mereka ini ingin benda yang ganas dan pantas aje kot. Heh.

Ikutkan senarai ini boleh berterusan sehingga 20 atau 30, tapi cukuplah setakat 10 bukan? Kami juga suka lagu-lagu pantas dan rancak Loudness seperti 'Esper', 'Speed', 'S.D.I' dan 'Shadows of War' tetapi ya kami lebih menggemari lagu-lagu berkonsepkan melodik dan gembira untuk diletakkan di dalam senarai peribadi.

Kita jumpa Ahad ini ya! Siap sedia jaket denim, tights dan high-cut sneakers anda!

We are the Loudness!!

p/s: harap Akira Takasaki akan selit dua tiga set main lagu-lagu dari album solo beliau, saya amat menyukai album solo beliau yang berjudul 'Tusk of Jaguar' sangat authentik dan lain daripada yang lain!

No comments:

Post a Comment