Wednesday, 13 July 2011

Goodbye, Mau5cube?


Dua bulan lalu, Deadmau5 membuat persembahan pertamanya di Malaysia dan ianya sungguh menakjubkan sekali. Baru-baru ini pula dikatakan persembahan beliau di T In The Park, Scotland merupakan persembahan beliau yang terakhir menggunakan 'Mau5cube'.

Joel Zimmerman atau dikenali sebagai Deadmau5 yang terkenal dengan lagu-lagu electronica seperti 'Some Chords' dan 'Ghost & Stuff' seringkali membuat persembahan yang membuatkan ramai orang terpaku kerana beliau banyak menggunakan visual. Pertama kali kami melihat Mau5cube di Coachella 2010 melalui YouTube, kami berharap untuk berada di persembahan beliau. Hasrat kami akhirnya tercapai apabila beliau menjejakkan kaki di KL pada bulan Mei tahun ini.

Menurut beliau di Facebook, "Allllllright TITP, this is it! the last show on the tour, and the last time i stand atop the mousecube! Let's make it epic. :)"

Jadi kami merasakan props persembahan beliau mungkin akan berubah selepas ini. Minggu lalu, beliau membuat persembahan 'Unhooked' di Exit Festival, Serbia. Menurut Deadmau5 FAQ, 'Unhooked' adalah persembahan beliau yang tidak melibatkan LED cube dan topeng LEDnya. Mungkin tour beliau yang akan datang akan menggunakan props yang jauh lebih gempak daripada sekarang. Kita tunggu jelah.

Saksikan persembahan 'Unhooked' beliau di Exit Festival baru-baru ini.



Dapatkan info terkini Deadmau5 di www.deadmau5.com

No comments:

Post a Comment