Penyanyi bersuara lunak Nadhira bakal muncul kembali dengan album kedua beliau yang bertajuk 12 Shades tidak lama lagi dan beliau akan melancarkannya pada 28 Julai ini!
Album yang bakal dilancarkan itu menampilkan sepuluh lagu berbahasa Inggeris dan dua lagu berbahasa Melayu. Khabarnya muzik video kepada single pertama daripada album beliau bertajuk ‘Tear Us Apart’ juga akan dilancarkan pada hari yang sama.
‘Tear Us Apart’ adalah sebuah lagu duet Nadhira bersama Ron E Jones dan diterbitkan oleh produser Tom Diesel, dimana mereka berdua berasal dari Australia.
Untuk pengetahuan anda, pelancaran album Nadhira adalah sebuah acara tertutup. After party akan dibuka selepas acara pada pukul 9pm bersama collective hip hop tempatan The Movemint. Nama mereka hampir sama dengan kami…
Untuk dengarkan lagu-lagu Nadhira terutamanya ‘Tear Us Apart’ bersama Ron E James, LIKE beliau di www.facebook.com/nadhiramusic.
No comments:
Post a Comment