Friday, 8 July 2011

High Fashion 666


High Fashion 666 adalah sebuah acara fesyen yang dianjurkan oleh Sha Lan dan Rahman Ayaks. Ia merupakan lanjutan kepada acara Black & White yang pernah dianjurkan oleh mereka sebelum ini. Kalau anda seorang model, apa lagi? Pose dan work it! Klik untuk maklumat lanjut!


Konsep acara ini berteraskan 6 orang model, 6 orang fotografer dan 6 MUA selama 6 jam waktu penggambaran. Oleh sebab itu, ia diberi akronim “666” dengan bertemakan fesyen mewah (high fashion). Setiap fotografer akan ditugaskan bersama seorang model dan model-model tersebut akan ditukar setiap jam. Bayaran untuk penyertaan adalah RM 50.00 (untuk fotografer dan model), RM 30.00 untuk MUA serta sajian tengahari juga akan disediakan.

Pada fotografer-fotografer yang berminat untuk turut serta, anda boleh menghubungi penganjur melalui laman FB mereka; Rahman Ayaks atau Sha Lan.

*Tempat adalah terhad. Daftar segera jika berminat.

High Fashion 666

Lokasi: Whoop Studio, Seri Kembangan
Tarikh: 30 Julai 2011, Sabtu
Masa: 3pm-8pm
Bayaran Penyertaan:
RM 50 – Fotografer dan Model
RM 30 – MUA
*Termasuk sajian tengahari

No comments:

Post a Comment