Friday, 8 July 2011

Talent Experiment Battle of the Bands 14/06/2011

 
Pencarian band terbaru, Talent Experiment Battle of the Bands, telah pun dilangsungkan pada bulan lalu di Damansara. Bacalah laporan eksklusif oleh penulis Mov:ment "A" daripada pentas pertandingan.


 Pada Selasa lalu, bersamaan tarikh 14 Jun 2011, aku dihubungi oleh seorang kenalan yang aku gelarkan dengan gelaran “Akak Hot” (haha, kak kalau baca post I ni jangan marah ye :D), dia mengajak aku untuk turut serta menemaninya menyaksikan battle of the band bertempat di Club 11:45 di Phileo Damansara (sebelah Eastin Hotel). Mula-mula rasa pelik juga sebab battle jarang sekali diadakan pada hari bekerja, apa pun tak apa lah. Jadi malam tu kami sampai di Phileo Damansara pada jam 8.30 malam, menurut akak hot, battle akan mula pada jam 9.00pm, kiranya kami awal la ni, sementara menunggu jam 9, kami bersantai sebentar di kedai minum sebelah venue.

Seperti kebiasaan, persembahan pentas bermula lewat 30 minit dari dijadualkan. Persembahan dimulakan oleh sebuah house band yang diberi gelar Round Robin, band ini agak menarik pada pandangan aku dan aku sangat berminat dengan muzik dan persembahan mereka. Band ini dibarisi oleh empat orang anak muda, seorang gitaris, seorang bassis yang juga merupakan vokalis utama, seorang dramer dan seorang pemain electronic synthetizer. Mereka membawa konsep yang mereka gelarkan sebagai disco rock disebabkan terdapat penggunaan synthetizer electronic di dalam musik mereka. Pada pendengaran aku secara keseluruhan, muzik mereka jauh tak tumpah garage rock seperti Suede cuma senikatanya di dalam bahasa Melayu dan punyai sedikit pengaruh psychedelic. Mereka membawa empat buah lagu sendiri yang diberi judul 'Rafla', 'Omashita', 'Lukha' dan 'Stressed Up'. Keempat-empat lagu ini akan muncul menerusi Round Robin EP yang akan muncul tahun ini menerusi label Interglobal Music.

Selepas tamat persembahan Round Robin tadi, emcee menaiki pentas menandakan acara battle akan bermula, battle ini diberi nama “Talent Experiment” merupakan house event yang dianjurkan oleh Club 11:45, menurut emcee, tiada juri yang akan menentukan siapa pemenang, keputusan pemenang jatuh ke tangan pengundi iaitu terdiri dari crowd yang hadir, crowd yang nak mengundi pula kena sekurang-kurangnya beli minuman dengan harga minimum RM10 untuk mengundi, kiranya harga undian adalah RM10. Cara “marketing” yang agak bijak oleh Club 11:45. Aku rasa cara ini juga bagus sebab akan membuatkan band rajin sikit untuk mengajak rakan-rakan mereka menyokong mereka di atas pentas. Tapi kelemahannya pula, band hampeh macam mana pun, kalau bawak ramai rakan-rakan untuk mengundi pastinya band itu akan menang kan? Dah kata tak ada juri. Heh. Emcee juga ada beritahu yang acara pada hari ini adalah peringkat Semi Final (separuh akhir), oh ok, ini kali pertama aku datang jadi aku hanya akan buat liputan untuk acara hari ini aja lah nampaknya. Hee.

Acara pertama dibuka oleh band yang diberi gelaran B4 Urban, menurut akak hot, band ini memperjuangkan musik rock dan heavy metal. B4 Urban agak mengejutkan aku kerana mereka menampilkan tiga orang gitaris. Mungkin mereka ingin lebih harmonikan solo mereka atau ape, aku kurang pasti, tapi aku rasa kalau dua gitar pun dapat juga harmonikan solo, tapi camne pun, sebab-sebab yang relevan pasti ada di tangan B4 Urban sendiri kan. Persembahan mereka dimulakan dengan sebuah lagu cover dari My Chemical Romance, aku menjengkilkan mata sedikit tapi apa nak peduli, muzik tetap muzik kan, tiada kompromi. Tiada apa yang dapat aku komen mengenai cover MCR ni sebab aku pun tak dengar sangat lagu MCR kecuali 'Helena' saja yang pernah aku dengar.

Lagu kedua B4 Urban telah mula menunjukkan taring heavy metal mereka, lagu cover dari Iron Maiden berjudul 'The Troopers' dikumandangkan, keadaan menjadi gamat dengan persembahan pentas yang mantap oleh tiga orang gitaris B4 Urban, cuma ada slack sikit sebab gitar ketiga sering dilanda masalah dengan amp dan gitarnya, pada waktu ini juga baru aku nampak sebab kenapa B4 Urban gunakan tiga gitaris, part solo pertengahan lagu 'The Troopers' jadi macam acara pas-pas baton, mula-mula gitaris pertama goreng, kemudian gitaris kedua kemudian disusuli gitaris ketiga (cuma yang ni masalah sikit sebab bunyi dia sayup-sayup, masalah amp).

Lagu ketiga B4 Urban agak mengejutkan aku, vokalisnya mengumumkan lagu ke-tiga adalah cover dari Steelheart, tak lain tak bukan 'She’s Gone'. Pada masa ini, aku mula ingin menumpukan perhatian kepada vokalisnya. Memandangkan aku sendiri pun selalu cover lagu ni dan juga sering menyanyikan lagu ni di karaoke, jadi aku nak tengok juga orang lain bawa lagu ni macam mana. Dari pemerhatian aku ketika vokalis menyanyikan 'The Trooper' sebelum ini, vokalis B4 Urban tidak menggunakan teknik falsetto (suara angin) yang kebiasaan digunakan oleh vokalis-vokalis rock 80an, sebaliknya vokalis menjerit menggunakan suara sendiri, peh, pecah tekak beb macam tu. Jadi aku nak tengok jugak macam mana dia nak nyanyi 'She’s Gone' tanpa menggunakan falsetto. Ternyata pembawakan vokal beliau menerusi 'She’s Gone' tiada apa yang boleh dikatakan seperti Steelheart, beliau membawa dengan kemampuan beliau sendiri, tapi tak apa, asalkan tak kantoi atau pitching lari, itu lebih penting kan.

Battle ini memberi peserta kebebasan bermain empat buah lagu tanpa mengira masa, satu perkara yang bagus dan jarang sekali berlaku pada kebanyakkan battle of the band (biasa battle bagi main satu lagu je atau bagi had masa, letih beb!). Maka oleh itu B4 Urban telah sampai ke persembahan lagu terakhir, aku tak ingat pula cover atau lagu mereka sendiri, tapi tajuknya 'Heavenly', lagu ni kedengaran agak berat dan rancak, dengan korus yang agak bermelodi mengingatkan aku kepada Helloween. Keseluruhannya B4 Urban boleh dikatakan agak mantap, persembahan pentas mereka hidup terutama sekali pada gitaris kedua mereka, tolak tremolo sambil menjulang-julang gitar. Caya lah. Bersemangat.

Band kedua adalah band Indie yang diberi nama Break Blossom, kelihatan band ini paling membawa ramai crowd, crowd band ini memenuhi ruang tengah Club 11:45, di mana rata-ratanya terdiri dari gadis-gadis. Dahsyat pengaruh band ini yea. Bagaimana pula dengan persembahan mereka? Break Blossom membawa tiga buah lagu sendiri dan sebuah lagu cover yang juga aku tak ingat namanya (haha maaf, artikel ini ditulis secara spontan tanpa perancangan pun sebenarnya), secara keseluruhan, tak ada apa yang menarik mengenai mereka, persembahan yang agak kaku, vokalisnya kelihatan seperti sedikit malu-malu, berdiri setempat sahaja dan kurang eye contact dengan crowd walaupun rata-rata crowd yang hadir terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Vokalnya juga sangat mendatar, mungkin perlu hadiri kursus belajar vokal lagi yea kawan. Band ini menampilkan dua orang gitaris tapi kedua-duanya memainkan power chord biasa sahaja, agak menghampakan sebab dua gitaris sebenarnya mampu menghasilkan melodi harmoni, terdapat sedikit lead walaubagaimanapun sangat simple. Drum line dan bass line menjaga tugas mereka dengan baik tanpa cacat cela. Tahniah. Macam mana pun Break Blossom punyai effort kerana menjemput ramai rakan-rakan mereka untuk menyokong mereka. Persembahan mereka dipenuhi dengan suara hiruk pikuk rakan gadis mereka. Humang aih, macam artis daaa. Hehe.

Band ketiga menaiki pentas, band ini dibarisi oleh empat orang jejaka berbangsa cina, sangat jarang sekali melihat band yang dibarisi oleh semua ahli berbangsa cina, jadi aku teragak-agak apakah genre akan dimainkan mereka ini. Band ini juga membawa ramai rakan-rakan mereka, tapi paling ramai gadis amoi. Adeh gadis lagi. Haha. Mereka menggelarkan band mereka sebagai Windy Days. Orait, Windy Days mempertaruhkan tiga buah lagu sendiri juga dan sebuah lagu cover. Menerusi lagu pertama mereka aku dapat tangkap yang mereka memperjuangkan musik MTV friendly (pop punk, MTV punk) yang berpaksikan band seperti Blink 182, All American Rejects dan seangkatannya, sejenis genre muzik yang aku agak benci suatu ketika dulu. Haha. Boleh tahan jugak lah lagu-lagunya, agak catchy dan mudah dihadam, Windy Days juga mempunyai dua orang gitaris di mana seorang gitarisnya menjalankan tanggungjawab sebagai vokal utama. Dari segi permainan, tiada apa yang menarik dapat aku tonjolkan dalam artikel ini. Ye lah Pop punk kot, tiga kord yang diulang-ulang dan digarapkan dengan power korus, nak cerita apa? Hee.

Band terakhir adalah band yang aku rasa sepatutnya memenangi battle ini, band ini dibarisi oleh tujuh orang anak muda dari Brickfields, mereka menggelarkan band mereka sebagai Jendela Bir”. Pada mulanya aku tak beri perhatian sangat tapi apabila vokalisnya mula memberi ucapan permulaan dengan penuh bersemangat, aku boleh nampak yang band ini mempunyai semangat juang yang kuat. Band ini tidak membawa lagu cover sebaliknya semua adalah lagu ciptaan mereka sendiri. Lagu mereka kedengaran seperti campuran rock progresif yang beridolakan irama ritma 60an, sangat menarik! Paling aku suka tengok vokalisnya yang membawa persembahan dengan penuh bertenaga dan pandai menghiburkan crowd di bawah, berkarisma betul kawan ni walaupun baru berusia 21 tahun. Lagu-lagu mereka rancak dan bermelodi, serta amat catchy, terdapat dua orang back-up vokal yang turut sama menghiburkan crowd di bawah, sayangnya gitar mereka seolah-olah tenggelam sikit, mungkin masalah amp. Lagu highlight yang paling aku tertarik adalah lagu terakhir yang diberi judul 'Dunia Muzikal'. Lagu ini catchy dan bermelodi, mengingatkan aku kepada lagu dari band heavy metal Earthshaker berjudul 'Radio Magic' walaupun konsep dimainkan di antara Jendela Biru dan Earthshaker sangat berbeza, tapi mood dan suasana lagu 'Dunia Muzikal' tersebut sangat mengingatkan aku kepada lagu Earthshaker tersebut.

Tamat persembahan Jendela Biru, emcee mengumumkan yang sebuah guest band yang sedang dalam perjalanan dari Melaka iaitu Blister akan mengadakan persembahan pada jam 12.30 nanti, jadi diminta crowd yang hadir dapat menantikan kemunculan band ini kerana menurut emcee, mereka ini sangat worthy untuk dilihat. Emm ok, jam menunjukkan pukul 11.30, aku rasa aku patut beredar dulu, persembahan pentas disambung semula oleh sebuah house band Sickness yang dianggotai oleh tiga orang anak muda berbangsa india, seorang gitaris yang turut sama menjalankan posisi vokal, seorang bassis dan seorang dramer perempuan. Woah. Aku hanya sempat melihat mereka membawa dua buah lagu sahaja, lagu pertama adalah lagu sendiri dan lagu ke-dua adalah lagu cover dari The Beatles. Kemudian akak hot juga beritahu aku yang B4 Urban akan menumpangkan dia pulang ke Cheras kerana ahli B4 Urban juga tinggal di Cheras, em baiklah, jadi begitu aku boleh pulang aje ke PJ (eh phileo damansara pun dalam PJ juga ahaha).

Tak lama selepas aku meninggalkan acara tersebut, aku terima sms dari akak hot yang mengatakan B4 Urban dapat memasuki ke peringkat final. Rasanya dua band akan terpilih untuk memasuki final, tapi aku kurang pasti, lupa pulak nak tanya dekat akak hot. Hmm. Tak apa lah, penilaian berdasarkan undi ni adalah berbeza dengan penilaian berdasarkan bakat atau kehebatan. Tapi itu kecik punya hal, aku rase band semua pun tak kesah sangat, yang penting kita semua enjoi kan, itu lah perjuangan musik yang sebenar, untuk menghiburkan peminat dan rakan-rakan!

Gambar B4 Urban Facebook

No comments:

Post a Comment