Thursday, 7 July 2011

Loudness Live in KL @ KL Live (24/7/2011)


Lagenda heavy metal dari Jepun, Loudness yang suatu ketika dahulu di tahun 80an menjadi ikut-ikutan di seluruh dunia tidak ketinggalan juga di Malaysia akhirnya akan menjejakkan kaki mereka ke Kuala Lumpur! Penantian khususnya peminat-peminat mereka yang kini sudah menjangkau usia "orang lama" akhirnya bakal terhenti, siapa yang tak kenal akan Loudness?


Kalau tanya pada "orang-orang lama" tak kira lah yang layan musik rock/heavy metal atau tidak menggemarinya pasti mengingati mereka, mana kan tidak, logo lambang "Dai Nippon" (Matahari Terbit) mereka telah menjadi ikon ikut-ikutan pada tahun 80an dahulu, lambang matahari terbit tersebut telah menjadi sinonim dengan tahun 80an tidak kira lah anda seorang rockers, diskang (panggilan kepada mat kelab pada zaman itu), mat motor, breakdancer dll semua pasti memiliki baju T atau poster lambang matahari terbit tersebut.

Begitulah penangan kuatnya Loudness suatu ketika dahulu, walaubagaimanapun Loudness masih aktif sehingga kini namun kewujudan mereka pada masa ini tidak lah sesengat pada tahun 80an dahulu. Di kesempatan ini, Tang dari Clockwork Records telah mengambil inisiatif untuk membawa masuk Loudness buat pertama kalinya ke Malaysia untuk peminat-peminat mereka di sini.

Tidak ketinggalan juga penganjur juga menjemput kumpulan-kumpulan lagenda heavy metal Melayu dari tahun 80an sebagai pembuka tirai konsert tersebut, mereka adalah Satira (yang popular suatu ketika dulu dengan lagu berjudul "Kau Masih ku Cinta") & Sofea serta sebuah kumpulan heavy metal generasi baru yang dibarisi oleh ahli semua perempuan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mereka!!

Loudness Live In KL

Lokasi: KL Live, Jalan Sultan Ismail
Tarikh: 24 Julai 2011, Ahad
Masa: 5pm
Bayaran Masuk:
RM 98 - Lower Tier (Free Standing)
RM 138 - Upper Tier (VIP, Lounge, Seated, Standing - Limited)

Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau talian 603-78807999 atau di kedai-kedai diiktiraf Ticket Pro : Rock Corner, Victoria Music Centre dan The Guitar Shop

No comments:

Post a Comment