Wednesday, 6 July 2011
Justice Kembali Dengan LP Kedua
Antara pelopor muzik electroclash dari Perancis, Justice bakal mengeluarkan LP kedua mereka selepas Cross pada tahun 2007. Baru-baru ini, DJ-produser duo yang terdiri daripada Xavier de Rosnay dan Gaspard Auge telahpun mendedahkan maklumat penuh tentang album sophomore mereka.
Seperti yang dilaporkan oleh Pitchfork, LP yang bakal dikeluarkan pada musim luruh nanti masih lagi belum bertajuk. Dan dalam sebuah temuramah mereka bersama Tsugi (majalah Perancis), mereka mendedahkan tracklist yang bakal memenuhi LP keduanya yang dinanti-nanti selama ini. Untuk pengetahuan anda, LP kedua mereka masih lagi belum dapat didengarkan selain daripada single pertama mereka bertajuk ‘Civilization’.
Digitalism sudahpun mengeluarkan album terbaru dan kini Justice pula. Adakah musim electroclash kembali semula? Apapun, kami mengharapkan LP kedua mereka ini sama gempak seperti album debut mereka dahulu.
Berikut adalah tracklist LP kedua mereka:
01 Horsepower
02 Civilization
03 Ohio
04 Canon (Interlude)
05 Canon
06 On'n'on
07 Brianvision
08 Parade
09 Newlands
10 Helix
11 Audio, Disco, Video
Lihat video klip bagi single pertama mereka 'Civilization' di bawah:
Gambar: Listal
Untuk mendengar lagu-lagu daripada Justice, layari www.myspace.com/etjusticepourtous.
Labels:
Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment