Tuesday, 5 July 2011

Oliver Ingrosso Akan Beraksi di KL!


Diterbangkan khas dari Sweden, Livescape dan Bedroom bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan sebuah persembahan DJ pada hari Rabu ini secara eksklusif untuk malam tema terbarunya, NSFW. Saksikan kemunculan pertama Oliver Ingrosso. Para peminat muzik house harus hadir!


Oliver Ingrosso merupakan saudara kepada Sebastian Ingrosso (dari Swedish House Mafia) dan beliau mungkin boleh dianggap sebagai setahun jagung dalam dance scene. Walaupun masih baru, beliau telahpun mengeluarkan beberapa buah single seperti 'Loopede' dan 'Gino' bersama Tim Berg (juga dikenali sebagai Avicii) dan Otto Knows.

Kini beliau berada di Asia Tenggara untuk Mini Asia Tour dan kami yakin beliau pasti tidak akan memberikan masa untuk anda berehat di dancefloor. Maklumat persembahan adalah seperti berikut:

NSFW pres. Oliver Ingrosso

Lokasi: Bedroom, Pavilion - KL
Tarikh: 6 Julai 2011, Rabu
Masa: 9pm-3am
Bayaran masuk: RM35

Sebelum kami mengakhiri post ini, dengarkan sebuah track kolaborasi Oliver Ingrosso bersama Otto Knows dan Tim Berg (Avicii). See you on the dancefloor!



Untuk mengetahui perkembangan terkini Oliver Ingrosso, layari www.facebook.com/oliveringrosso.

No comments:

Post a Comment