Wednesday, 6 July 2011
Volume pres. Ronski Speed @ Milk
Mov:ment merasakan Ronski Speed adalah antara artis-artis DJ yang pernah membuat persembahan terhebat di Malaysia. Sekiranya anda berada di Speedzone pada tahun lalu, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk ke persembahan beliau yang bakal mendatang di KL!
Ronski Speed kini dikenali sebagai antara DJ yang top di dunia dan beliau mendapat sambutan yang hangat sehinggakan banyak tempahan untuk membuat persembahan di setiap pelusuk dunia. Lagu-lagu anthem seperti ‘The Space We Are’ dan kolaborasi beliau bersama Emma Hewitt untuk ‘Lasting Light’ telah pun menguasai dancefloor dan peminat muzik trance.
Jika anda belum pernah merasakan DJ set Ronski Speed, ini adalah peluang yang seterusnya dan kami tahu beliau tidak pernah gagal menghiburkan penggemar muziknya. Apa lagi? Marilah kita menyerang Milk pada minggu ini. Opening set oleh DJ Viona.
Volume pres. Ronski Speed
Lokasi: Milk, Bangsar
Tarikh: 9 Julai 2011, Sabtu
Masa: 10pm-3am
Bayaran masuk:
Presale – RM40
Harga biasa – RM45 (perempuan), RM55 (lelaki) + 1 air
Gambar DJSets
Labels:
Pentas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment