Thursday, 25 August 2011

Avalon Bakal Dilancarkan Di Singapura September Ini


Pusat hiburan yang popular di Hollywood, iaitu Avalon, bakal membuka pintunya di Singapura bagi peminat tegar muzik dance di Asia Tenggara. Sempena musim F1 di Singapura, Avalon membawa ramai nama besar dari luar negara. Nak ketahui lebih lanjut?


Tahun lalu, kami berada di Singapura untuk Avalon At Large dan kami berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada Empire of the Sun, Make the Girl Dance dan Chemical Brothers bersama penampilan khas daripada Chingy yang tiba di Singapura selepas persembahannya di Jakarta.

Hiburan tidak berhenti di situ, Avalon kembali semula tahun ini dengan pembukaan pusat hiburannya yang terletak di Crystal Pavilion (di luar bangunan Marina Bay Sand) dan menampilkan barisan artis dan DJ yang lebih hangat!

Rabu, 21 September 2011
Artis: Digitalism (live), Simian Mobile Disco (live) + Kele (Bloc Party)


Jumaat, 23 September 2011 (Avalon at Large pres. GO!)
Artis: The Toxic Avenger, Make the Girl Dance, Congorock, M.A.N.D.Y. (live), The Bloody Beetroots "Death Crew 77" (live)



Sabtu, 24 September 2011
Artis: Sander Kleinenberg, Kruder & Dorfmeister (live) + Daddy G (Massive Attack - DJ set)


Ahad, 25 September 2011
Artis: Marc Vedo, Boy George + Chemical Brothers (DJ set)


Tiket 'early bird' akan mula dijual pada 26 Ogos ini. Nantikan update kami yang terbaru bersama harga tiket. Kami berminat untuk menyaksikan persembahan live Simian Mobile Disco. Sudah dua kali mereka datang ke Malaysia tapi hanya mainkan DJ set sahaja. Ini adalah peluang yang terbaik juga untuk melayan Chemical Brothers sekali lagi dan live set Digitalism.

Saksikan video live Simian Mobile Disco 'Hustler'...



Untuk dapatkan maklumat Avalon Singapore yang terkini, layari www.avalon.sg.

No comments:

Post a Comment