Makanan di Malaysia melambangkan masyarakatnya yang berbilang kaum. Sekali-sekala mencuba kelainan, apa salahnya bukan? Baru-baru ini, Mov:ment berpeluang untuk mencuba hidangan India utara di Royal India yang terletak di ibu kota. Yummy!
Royal India merupakan sebuah restoran yang menghidangkan juadah dan resepi eksotik India Utara. Makanan yang jarang sekali kita dengari seperti Jhingga Tandoori, dum Biryani, Murgh Angaar dan Nehari merupakan antara juadah yang menjadi signature kepada restoran ini. Dengar khabar, chefnya - Rakesh Prasad - mempunyai pengalaman kulinari lebih sedekad di Mumbai dan Jakarta. Sudah pasti beliau memahami citarasa masyarakat di Malaysia.
Restoran yang terletak di dalam bangunan The Intermark, Jalan Tun Razak – Kuala Lumpur ini memiliki hiasan dalaman yang menggabungkan unsur moden dan tradisional dengan sentuhan sofistikated di mana ia memberikan pengalaman dining yang sememangnya unik. Selepas makan malam, anda bolehlah bersantai di ruang bar dan lounge sambil menikmati curut dan menghirup minuman koktel. Royal India adalah restoran mewah yang anda harus cuba!
Royal India Fine Dining and Lounge
Level 2
The Intermark
182 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Masa operasi: 11.30am – 11.30pm (lounge sehingga 2am)
Telefon: 03 2163 3280 / 03 2164 3280
Makanan: Cuba hidangan signature mereka seperti Jhingga Tandoori, dum Biryani, Murgh Angaar dan Nehari. Selain itu, anda harus mencuba Mixed Tandoor, Mutter Palao dan pencuci mulut Gulab Jamun. Harga daripada RM20 ke atas.
Minuman: Fruit punch, lychee vodka dan macam-macam lagi. Harga daripada RM10 ke atas.
Keseluruhan: Kami bagi 3.5/5 untuk hidangan yang menarik bersama harga yang sesuai dengan kualiti dan hiasan dalaman yang mewah.
No comments:
Post a Comment