Monday, 29 August 2011

PENTAS: Massive 2011 @ Sepang International Circuit (1/10/2011)


Mov:ment rasa pasti ramai peminat muzik dance di luar sana yang menantikan sebuah acara outdoor rave yang betul-betul gempaq di tanah air kita seperti tahun-tahun kegemilangannya rave dahulu. Tak perlu gusar. Kami mendengar berita yang mengatakan pelbagai acara akan dipentaskan selepas raya ini mahupun konsert atau outdoor rave. Dan salah satu yang mendapat perhatian kami adalah Massive 2011 yang bakal diadakan Oktober ini.


Massive 2011 akan menampilkan 12 barisan DJ selama 12 jam dari pukul 2 petang sehingga 2 pagi. Antara DJ-DJ ternama seperti Simon Patterson, Alex MORPH, Woody van Eyden, Scott Alert, Marcel Woods dan MaRLo bakal menggegarkan lantai Sepang nanti. Selain itu juga, hero-hero DJ tempatan kita juga bakal memanaskan acara Massive 2011 seperti Fono, Trimix, misterAriffin dan Nikki. Kalau anda ingin melihat persembahan Alex MORPH dan Woody van Eyden bersatu di atas pentas, anda harus hadir ke Massive kerana mereka bakal memainkan back-to-back DJ set buat kali pertama di Malaysia.



Massive 2011
Lokasi: Welcome Centre, Sepang International Circuit - Sepang
Tarikh: Sabtu, 1 Oktober 2011
Masa: 2pm-2am
Artis:
Simon Patterson
Alex MORPH
Woody van Eyden
Scott Alert
Marcel Woods
MaRLo
Fono
Trimix
misterAriffin
Nikki
Bayaran Masuk:
RM58 (pre-sale)
RM78 (hari acara)
Tiket boleh didapati di RedTix

Untuk mendapatkan malumat lebih lanjut, layari www.massive2011.com.my.

No comments:

Post a Comment