Tuesday, 6 September 2011
PENTAS: Avalon At Large pres. GO! @ Marina Bay Sands - Singapore (23/9/2011)
Ini adalah update yang kami terima baru-baru ini. Sempena musim F1 di Singapura dan pelancaran kelab Avalon pada minggu yang sama, Avalon mempersembahkan acara tahunannya yang penuh gilang-gemilang iaitu Avalon At Large di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre. Dengan barisan artis dan DJ bertaraf tinggi, pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di sana...
Buat tahun keduanya, Avalon At Large menampilkan artis-artis dan DJ antarabangsa seperti Sander van Doorn, Benny Benassi, LMFAO, Ludacris dan buat pertama kalinya di Singapura, mereka membawakan persembahan live Bloody Beetroots Death Crew 77. Maklumat penuh adalah seperti di bawah:
Avalon At Large presents GO!
Lokasi: Marina Bay Sands Expo and Convention Centre - Singapura
Tarikh: 23 September 2011, Jumaat
Masa: 8pm-8am
Bayaran Masuk: S$68 (early bird), S$88 (biasa), S$150 (VIP). Tiket boleh didapati di Ticketbooth. Harga tidak termasuk yuran tiket S$3.
Artis:
Ludacris
LMFAO
Bloody Beetroots Death Crew 77
Benny Benassi
Sander van Doorn
Kalau anda hendak tahu rupa persembahan Bloody Beetroots secara live, saksikan video ini
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.avalon.sg.
Labels:
Pentas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment