Mov:ment berada di majlis pelancaran ais krim Magnum terbaru yang penuh gilang-gemilang dengan kilauan emas bak acara diraja dan penuh glamor minggu lalu. Terasa bagaikan layanan diraja!
Ais krim Magnum, salah satu ais krim antrabangsa terkemuka sinonim dengan nikmat penuh kemewahan bakal menggamit deria penggemar ais krim Malaysia dengan kehadiran variasi terbaru yang disaluti coklat Belgian.
Tiga variasi terbaru ais krim Magnum yang disaluti dengan coklat Belgian iaitu, Magnum Classic, Magnum Almond dan Magnum Chocolate Truffle dilancarkan di Ritz Carlton pada malam bertemakan pengalaman diraja.
Pada majlis pelancaran tersebut, para tetamu telah dihiburkan dengan pertunjukan “A Royal Fashion Show” daripada seorang pereka fesyen tempatan yang menaikkan nama Malaysia di mata dunia, Zang Toi yang dimulakan dengan model memperagakan koleksi tutu dan kemeja polo Zang Toi bersama dengan ais krim Magnum terbaru yang disaluti dengan coklat Belgian. Melengkapkan lagi pertunjukan pada malam itu, para tetamu disajikan dengan seleksi “Busana Diraja” Zang Toi lengkap dengan kilauan pertama tajaan Habib Jewels.
Bersempena dengan pelancaran ais krim premiumnya, Magnum juga turut melancarkan pertandingan “Enjoy the Royal Treatment Contest” dimana peminat ais krim Magnum berpeluang memenangi Tiara Magnum yang esklusif bernilai RM200,000 rekaan Habib Jewels.
Jika anda ingin memenangi Tiara Magnum tersebut, anda haruslah makan rangkaian ais krim Magnum yang terbaru. Kalau anda tidak tahu, berikut adalah rangkaian air krim Magnum yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti:
- Magnum Classic, memberikan nikmat pada tahap tertinggi pada gigitan pertama lapisan coklat Belgian yang rangup mengasyikkan hingga ke dasar ais krim vanilla premiumnya.
- Magnum Almond, Ais krim vanilla berkrim dan lembut disaluti dengan lapisan coklat Belgian yang dipadu dengan potongan Almond yang rangup.
- Magnum Chocolate Truffle, Lingkaran chocolate truffle di dalam ais krim premium yang disaluti lapisan tebal kepingan coklat Belgian.
Magnum kini boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper, kedai serbaguna dan stesen minyak. Seleksi premium ini yang hadir dalam bungkusan signatur Magnum pek individu pada harga RM3.90 manakala pek multi ( 3 ais krim sekotak) boleh didapati pada harga RM11.70.
Untuk maklumat lanjut mengenai ais krim terbaru Magnum yang disaluti coklat Belgian dan mengenai pertandingan “Magnum Enjoy the Royal Treatment Contest”, sila layari laman Facebook Magnum di www.facebook.com/Magnum
No comments:
Post a Comment