Monday, 25 July 2011
Amy Winehouse Ditemui Mati Di Rumahnya
Pemenang Grammy berkontroversi Amy Winehouse dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Camden, London pada Sabtu lalu. Sedih bila tahu gadis berbakat besar ini meninggalkan kita pada usia yang muda...
Penyanyi yang bersuara lunak dan berumur 27 tahun ini memang mempunyai masalah ketagihan dadah sejak dahulu lagi. Ada pihak media yang melaporkan beliau telah dimasukkan semula ke pusat pemulihan dadah pada bulan Mei tahun ini. Pada tahun 2007, beliau juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan kerana masalah dadah jenis heroin.
Pihak polis mengatakan mereka menerima panggilan berkenaan kematian beliau dari London Ambulance Service pada pukul 4.05pm hari Sabtu lalu. Ketika itu, mereka masih lagi belum dapat mengesan punca kematiannya. Amy Winehouse meninggal dunia pada umur 27 tahun, sama juga seperti Kurt Cobain. Rest in peace, Amy...
Sebelum kami mengakhiri post ini, dengarkanlah 'Rehab' oleh Amy Winehouse.
Labels:
Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment