Thursday, 28 July 2011

LAPORAN: MTV World Stage @ I-City, Shah Alam (24/7/2011)


Minggu lalu, MTV World Stage telah berlangsung di taman bercahaya I-City, Shah Alam dengan penampilan artis antarabangsa seperti 30 Seconds To Mars dan Neon Trees bersama kumpulan Korea Beast dan rockers Pop Shuvit. Adakah anda berada di sana juga?

Pelik juga rasanya bila mendapat tahu bahawa MTV World Stage diadakan di I-City. Setibanya kami di lokasi, Beast baru memulakan persembahan mereka. Kami terlepas persembahan Pop Shuvit. Ramai juga orang di festival tersebut tetapi tidak padat seperti siri World Stage yang sebelum ini. Dengar khabarnya, beribu berbaris untuk masuk ke tapak konsert sejak pukul 4pm lagi.

Selepas persembahan oleh Beast yang membuatkan anak-anak gadis terjerit-jerit sehingga ada yang pengsan, Neon Trees pula mengambil-alih pentas dan mempersembahkan lagu hit mereka seperti ‘1983’ dan ‘Animals’. Dengar cerita persembahan mereka di Jakarta untuk Java Rockin’ Land Festival dilabel sebagai persembahan terbaik untuk hari kedua.

Apa-apa pun, penantian sudah berakhir bagi kebanyakan yang hadir pada malam tersebut. Baru tahun ini peminat 30 Seconds To Mars di Malaysia dapat melihat bersembahan mereka. Ada sebilangan peminat yang ke konsert mereka di Singapura tahun lepas mengatakan persembahan 30STM di Malaysia lebih bagus. Wah, Malaysia menang!

Jared Leto

‘A Beautiful Lie’ merupakan lagu pembukaan yang sungguh memukau bagi kami diikuti dengan beberapa lagu hit seperti ‘A Million Little Pieces’, ‘Closer To The Edge’ dan ‘This Is War’. Mungkin ramai yang agak cemburu bila Jared Leto memanggil ramai peminat di bahagian X-Zone naik ke pentas. Kami juga agak jealous ya.

Pada pendapat kami, Jared Leto sebenarnya boleh menyanyi secara live. Suaranya tidaklah seburuk mana yang diperkatakan orang ramai. Persembahan mereka ditutup dengan lagu 'Kings & Queens' yang membuatkan seluruh I-City menyanyi bersama Jared Leto.

Kami merasakan MTV World Stage masih mempunyai banyak ruang untuk perbaiki. Bagi kami, kedudukan pentas agak rendah dan ramai yang di belakang tidak dapat langsung melihat pentas kalau nak dibandingkan dengan konsert-konsert lain. Sound system juga tidak begitu kuat pada malam itu. Adakalanya suara penyanyi tenggelam tetapi jeritan Jared Leto masih kedengaran. :)

Apa-apa pun, kami menantikan World Stage yang seterusnya. Apa kata selepas ini World Stage di dalam stadium?

Gambar Kristan Downling.Picturegroup / MTV

No comments:

Post a Comment