Thursday, 11 August 2011

PENTAS: The Casualties Live di Kuala Lumpur @ One Cafe KL (16/9/2011)


2011 merupakan tahun yang dibanjiri oleh banyak kumpulan-kumpulan yang dianggap “underground” dan “keras” dari serata dunia ke Kuala Lumpur, sangat mengejutkan. Jika selama ini tempoh kumpulan-kumpulan dari negara luar ke Malaysia ini diletakkan dalam jarak yang jauh contohnya Napalm Death – 2001 dan 2006, Kreator – 2005, Deep Purple – 2006, The Exploited – 2006 dan banyak lagi. Pada tahun ini yakni 2011 kita dihujani secara serentak dengan Loudness, Whitesnake, Metallica dan The Casualties! Satu penangan yang menakjubkan dalam tempoh satu tahun!


Baiklah, buat peminat-peminat musik Punk dan Oi! The Casualties pastinya merupakan nama yang tidak asing lagi bagi anda semua, saya sendiri pun amat meminati mereka sewaktu di bangku sekolah dahulu sekitar tahun 2001, maka dengan itu saya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke show The Casualties yang bakal dilangsungkan di One Kafe bertarikh 16 September 2011 bersamaan hari Jumaat.

Jadi untuk peminat-peminat Punk dan Oi! jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan The Casualties, pogo itu wajib yaa!! For the Punx!!

The Casualties Live in KL
Lokasi: One Kafe, Kuala Lumpur
Tarikh: 16 September 2011
Masa: 2pm
Bayaran masuk:
Tiket Pre-Sale A: RM 40 (1st Aug - 15th Aug 2011)
Tiket Pre-Sale B : RM 50 (16th Aug - 15 Sept 2011)
Tiket di Pintu : RM 60 (16th Sept 2011)

Untuk mendapatkan tiket pre-sale anda boleh menghubungi : 016-6242916 (Hafiz)

No comments:

Post a Comment