Thursday, 22 September 2011

Magnum Melancarkan 3 Perisa Terbaru


Mov:ment berada di majlis pelancaran ais krim Magnum terbaru yang penuh gilang-gemilang dengan kilauan emas bak acara diraja dan penuh glamor minggu lalu. Terasa bagaikan layanan diraja!

Tuesday, 6 September 2011

PENTAS: Avalon At Large pres. GO! @ Marina Bay Sands - Singapore (23/9/2011)


Ini adalah update yang kami terima baru-baru ini. Sempena musim F1 di Singapura dan pelancaran kelab Avalon pada minggu yang sama, Avalon mempersembahkan acara tahunannya yang penuh gilang-gemilang iaitu Avalon At Large di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre. Dengan barisan artis dan DJ bertaraf tinggi, pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berada di sana...

Monday, 29 August 2011

PENTAS: Massive 2011 @ Sepang International Circuit (1/10/2011)


Mov:ment rasa pasti ramai peminat muzik dance di luar sana yang menantikan sebuah acara outdoor rave yang betul-betul gempaq di tanah air kita seperti tahun-tahun kegemilangannya rave dahulu. Tak perlu gusar. Kami mendengar berita yang mengatakan pelbagai acara akan dipentaskan selepas raya ini mahupun konsert atau outdoor rave. Dan salah satu yang mendapat perhatian kami adalah Massive 2011 yang bakal diadakan Oktober ini.

Friday, 26 August 2011

VIDEO MINGGU INI: Beyonce '1+1'



Muzik video terbaru oleh Beyonce yang bertajuk '1+1' mendapat liputan yang 'hangat' oleh media antarabangsa hari ini. Kata mereka, video ini sungguh "hot and steamy". Kalau anda tidak tahu, Beyonce mengarahkan sendiri muzik video untuk single terbarunya ini bersama Laurent Briet dan Ed Burk. '1+1' juga merupakan antara lagu kegemaran kami buat masa ini. Mungkin sebab ia adalah track pertama dalam albumnya yang terbaru 4 dan kami terpaksa dengar? Tak mahu cakap banyak, saksikan saja video ini.

Thursday, 25 August 2011

Avalon Bakal Dilancarkan Di Singapura September Ini


Pusat hiburan yang popular di Hollywood, iaitu Avalon, bakal membuka pintunya di Singapura bagi peminat tegar muzik dance di Asia Tenggara. Sempena musim F1 di Singapura, Avalon membawa ramai nama besar dari luar negara. Nak ketahui lebih lanjut?

Hidangan Asli Dari India Utara Di Royal India



Makanan di Malaysia melambangkan masyarakatnya yang berbilang kaum. Sekali-sekala mencuba kelainan, apa salahnya bukan? Baru-baru ini, Mov:ment berpeluang untuk mencuba hidangan India utara di Royal India yang terletak di ibu kota. Yummy!

Thursday, 11 August 2011

PENTAS: The Casualties Live di Kuala Lumpur @ One Cafe KL (16/9/2011)


2011 merupakan tahun yang dibanjiri oleh banyak kumpulan-kumpulan yang dianggap “underground” dan “keras” dari serata dunia ke Kuala Lumpur, sangat mengejutkan. Jika selama ini tempoh kumpulan-kumpulan dari negara luar ke Malaysia ini diletakkan dalam jarak yang jauh contohnya Napalm Death – 2001 dan 2006, Kreator – 2005, Deep Purple – 2006, The Exploited – 2006 dan banyak lagi. Pada tahun ini yakni 2011 kita dihujani secara serentak dengan Loudness, Whitesnake, Metallica dan The Casualties! Satu penangan yang menakjubkan dalam tempoh satu tahun!